Abdullah Ibnu Abbas yang diriwayatkan Ibnu Abi Dunya, ada menyatakan, ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam.
1. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tiada mengena dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku menjamin engkau akan selamat dari dosa.
2. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.
3. Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau orang bijaksana dan juga orang yang berperangai buruk sebab orang yang bersabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.
4. Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.
5. Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.
Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal.
Minggu, 15 Februari 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar